Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anak kelahiran Sri Aman, Sarawak, yang menjadi satu-satunya wakil Malaysia pada kejohanan itu nanti, beriltizam untuk memberikan tentangan terbaik bagi mengharumkan nama negara di pentas tertinggi sukan tinju negara.

‘Kilat Boy’ sedia gegar gelanggang tinju di Pakistan

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 1 Jun: Daeloniel McDelon Bong bersedia menggegarkan Kejohanan Profesional Tinju Pakistan yang akan berlangsung pada 11 Jun 2022.

Anak kelahiran Sri Aman, Sarawak, yang menjadi satu-satunya wakil Malaysia pada kejohanan itu nanti, beriltizam untuk memberikan tentangan terbaik bagi mengharumkan nama negara di pentas tertinggi sukan tinju negara.

“Sudah pasti saya nak memberikan persembahan terbaik dan mencuba untuk menghabiskan pusingan secepat mungkin walaupun ia dijadual sebanyak enam pusingan.

“Insya-Allah, saya nak habiskan dalam masa yang singkat sebab saya memiliki kejohanan lain pada bulan yang sama, selang seminggu pada tarikh kejohanan di Pakistan, dan apa yang penting adalah elak daripada mengalami kecederaan,” katanya ketika ditemui TVS di sini, hari ini.

Daeloniel terkenal dengan jolokan ‘Kilat Boy’ kerana kepantasan tumbukannya disifatkan oleh segelintir penonton sebagai sepantas kilat.

Pemuda mualaf kacukan Cina-Iban itu menambah, persediaan bagi kejohanan kali ini telah dijalankan dengan penuh komitmen memandangkan beliau dijadual akan bertemu peninju tuan rumah Sikendar Abbasi yang memiliki rekod agak cemerlang sepanjang kariernya.

“Untuk latihan, saya akan mengadakan dua sesi, pagi dan petang, dan kadang-kadang sampai tiga sesi sampai malam lah.

“Dan untuk kejohanan ini, memang saya telah buat persediaan terbaiklah, di mana saya tak ambil cuti untuk perayaan Gawai, dan cuti raya Aidilfitri juga tak dapat lama semata-mata untuk persediaan ke kejohanan ini,” kata Daeloniel lagi.

Daeloniel, yang terkenal dengan jolokan ‘Kilat Boy’ itu, mula menceburi sukan tinju sembilan tahun lalu dan pernah memenangi pingat emas di Kejohanan Tinju Zon Borneo 2015, pingat emas di Kejohanan Tinju Profesional Jakarta 2016, pingat emas di Kejohanan Tinju Profesional Mayor Cup Johor 2018, pingat emas di Kejohanan Tinju Kebangsaan Piala Malaysia Edisi 2019-2021, dan pingat emas di Kejohanan Tinju Piala Menteri Belia dan Sukan pada tahun 2022. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan