Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Janin bayi ditemukan dalam mangkuk tandas di stesen minyak

ByBernama

KUALA LUMPUR, 11 Mei: Janin bayi yang cukup sifat ditemukan orang awam di dalam tandas di sebuah stesen minyak di Danau Kota, Setapak, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian kira-kira 4.57 petang dan sepasukan pegawai serta anggota telah menjalankan siasatan di tempat kejadian.

Menurutnya, siasatan awal mendapati janin lelaki yang dianggarkan berusia enam hingga lapan bulan itu telah dibuang ke dalam mangkuk tandas di stesen minyak tersebut.

“Janin tersebut dibawa ke unit forensik Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan siasatan masih dijalankan berhubung kejadian,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Ashari berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes tersebut boleh menghubungi Ibu Pejabat Daerah Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Kuala Lumpur 03-21159999 atau balai polis berhampiran.

Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat dengan sulit yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan