Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiga individu cedera ringan manakala tujuh yang lain selamat selepas van dinaiki mereka terbabas di bahu jalan di Jalan Teluk Nipah, Pulau Pangkor

Tiga cedera, tujuh selamat, van terbabas di bahu jalan

ByBernama

LUMUT, 5 Mei : Tiga individu cedera ringan manakala tujuh yang lain selamat selepas van dinaiki mereka terbabas di bahu jalan di Jalan Teluk Nipah, Pulau Pangkor petang Rabu.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan tersebut pada 5.02 petang.

“Kenderaan tersebut dinaiki 10 orang termasuk pemandu. Tiga daripadanya cedera ringan manakala bakinya tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurut jurucakap itu kejadian dipercayai berpunca akibat pemandu van berkenaan hilang kawalan ke atas kenderaannya dan usaha mengeluarkan mangsa kemudian turut dibantu orang ramai.

Beliau berkata mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pangkor dan operasi berkenaan tamat pada 5.25 petang, semalam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan