Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mangsa banjir kilat di daerah Pontian terus meningkat kepada 168 individu daripada 31 keluarga dengan dua lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

Mangsa banjir kilat di Pontian terus meningkat

ByBernama

JOHOR BAHRU, 5 Mei : Mangsa banjir kilat di daerah Pontian terus meningkat kepada 168 individu daripada 31 keluarga dengan dua lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Pontian menerusi kenyataan memaklumkan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Bunian menempatkan 117 individu daripada 20 keluarga, manakala 32 individu daripada tujuh keluarga di SK Seri Bukit Panjang.

Menurutnya PPS pertama dibuka di SK Melayu Raya menempatkan 19 individu daripada empat keluarga dengan keseluruhan tiga kampung terjejas setakat ini, iaitu Kampung (Kg) Seri Segambut, Kg Jasa Sepakat dan Kg Bukit Panjang.

“Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat yang berterusan semalam kira-kira 5.30 pagi menyebabkan beberapa rumah di Pontian dinaiki air,” katanya.

Sekretariat JPBD Mersing menerusi kenyataan sama, turut memaklumkan satu PPS iaitu di Kompleks Penghulu Mukim Jemaluang dibuka pada 7.30 malam tadi bagi menempatkan 31 individu daripada dua keluarga yang terlibat dalam kebakaran.

Menurutnya kebakaran yang memusnahkan  dua rumah itu berlaku di Kampung Gajah Mati, Gersik.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing Penolong Penguasa Bomba Mohd Alias Hussin berkata kebakaran tersebut mengakibatkan sebuah rumah musnah 95 peratus, manakala sebuah lagi rumah musnah 60 peratus.

Beliau berkata panggilan kecemasan kebakaran rumah diterima pada 4.53 petang semalam dan susulan itu, 13 anggota dibantu BBP Endau dikerah ke lokasi kejadian.

Katanya kebakaran tidak melibatkan kemalangan jiwa manakala punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Kebakaran dapat dipadam sepenuhnya dan operasi tamat pada 7.39 malam semalam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan