Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Seorang nelayan dilaporkan hilang di laut

KUDAT, 28 April : Seorang nelayan dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam laut di perairan Bak-Bak di sini, semalam.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan memaklumkan, mangsa, Ardin Juidin, 29, dipercayai terjatuh ke dalam laut pada pukul 6 petang.

“Ketika itu mangsa dalam perjalanan pulang ke Jeti Aseng selepas melakukan aktiviti menangkap ikan,”jelas PGO.

PGO memaklumkan, pihak bomba menerima panggilan pada pukul 9.40 malam dan terus menggerakkan empat anggota dibantu dua pasukan bomba sukarela dan jentera ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 17 kilometer (km).

Sementara itu, Pegawai Operasi, Pegawai Bomba Kanan ll Mohd. Saidu Tabin berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan lebih awal iaitu pada pukul 7.15 petang.

“Jarak pencarian melibatkan kawasan seluas satu batu nautika dari persisiran pantai,”katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan