Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datchinamurthy, 36, didakwa mengedar 44.96 gram (g) diamorphine ke Singapura pada 2011 dan dihukum mati pada 2015. Foto: Media sosial
Datchinamurthy, 36, didakwa mengedar 44.96 gram (g) diamorphine ke Singapura pada 2011 dan dihukum mati pada 2015. Foto: Media sosial

Pelaksanaan hukuman mati Datchinamurthy di Singapura ditangguhkan

ByBernama

SINGAPURA, 28 April : Mahkamah Tinggi Singapura pada Khamis membenarkan penangguhan hukuman mati terhadap warga Malaysia, K. Datchinamurthy, yang sepatutnya menjalani hukuman pada Jumaat, 29 April, dua hari selepas pelaksanaan hukuman mati ke atas Nagaenthran Dharmalingam.

Menurut peguam Singapura, M. Ravi, kebenaran penangguhan itu diberikan berasaskan alasan “menunggu keputusan perbicaraan berhubung dakwaan pelanggaran peraturan penjara yang dijadual pada 20 Mei”.

“Datch (Datchinamurthy) sepatutnya dihukum gantung esok,” kata M. Ravi dalam hantaran terbaharunya di Facebook.

Datchinamurthy, 36, didakwa mengedar 44.96 gram (g) diamorphine ke Singapura pada 2011 dan dihukum mati pada 2015, manakala Nagaenthran dijatuhi hukuman mati pada 2010 kerana mengedar 42.72 g heroin pada 2009.

Permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman difailkan sendiri oleh Datchinamurthy dan perbicaraan mengenai penangguhan itu dibuat secara tertutup pada 9.30 pagi Khamis.

M. Ravi sebelum ini, yang menjadi peguam Datchinamurthy, berkata perbicaraan yang dijadual pada 20 Mei adalah mengenai aduan terhadap peguam negara berhubung hak komunikasi antara banduan dengan peguamnya.

“Isunya adalah apakah mereka boleh menggantungnya pada Jumaat 29 April ketika ada perbicaraan dijadualkan pada 20 Mei,” tulisnya. – TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan