KUCHING, 28 April: Perkembangan jangkitan COVID-19 di Sarawak hari ini menyaksikan empat daerah merekodkan kes baharu dua digit bagi tempoh 24 jam lepas.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, ketika ini Kuching, Bintulu, Miri dan Sibu merupakan empat daerah yang mencatatkan kes tertinggi harian, masing-masing dengan 36, 15, 13 dan 12 kes.
Manakala 24 daerah lain sifar kes baharu.
JPBN juga menyatakan tiada kluster baharu atau kematian dilaporkan pada hari ini.
Sementara itu, Sarawak mencatatkan 97 kes jangkitan baharu untuk menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 305,180 kes sejak dilanda pandemik. – TVS