Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan PPMW5 melakukan pemeriksaan di lokasi sebelum merampas kayu bakau dalam dua serbuan berasingan di Sarikei. Foto: PPMW5
Pasukan PPMW5 melakukan pemeriksaan di lokasi sebelum merampas kayu bakau dalam dua serbuan berasingan di Sarikei. Foto: PPMW5

Lebih 300 batang kayu bakau dirampas dalam dua serbuan berasingan

SARIKEI, 28 April: Pasukan Polis Marin Wilayah Lima Sarawak (PPMW5) merampas lebih 300 batang kayu bakau pelbagai saiz dalam dua serbuan berasingan di sini, semalam.

Rampasan pertama membabitkan sebanyak 250 batang kayu bakau yang dipercayai ditebang secara haram di Tebingan Sungai Pangey, Batang Geligat manakala serbuan kedua membawa kepada rampasan sebanyak 80 batang kayu bakau pelbagai saiz di Sungai Nyabor.

Komander PPMW5 Sarawak, Asisten Komisioner Polis Zulfikar Mohd Ghazali berkata, susulan maklumat orang awam, sepasukan anggota bergegas ke lokasi terbabit untuk melakukan pemeriksaan sebelum mendapati ada longgokan kayu bakau yang sudah ditebang di tebingan sungai berkenaan.

“Ketika serbuan, tidak ada pekerja dan jentera (jentolak) di lokasi itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, hasil permeriksaan juga mendapati kayu bakau tersebut tidak mempunyai tanda (JH) Jabatan Hutan, disyaki melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perhutanan Sarawak 2015.

Katanya, laporan polis telah dibuat dan kes dirujuk dan akan diserahkan kepada Pihak Jabatan Hutan Sarikei untuk tindakan lanjut.

Operasi ini sebahagian komitmen padu PPMW5 dalam mengekang kegiatan pembalakan haram selain menjaga kelestarian alam sekitar. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan