Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

3,509 permohonan subsidi pelajar Sarawak balik raya diluluskan

ByKhairil Zharif Affindie

KUCHING, 27 April : Setiap kali cuti semester atau musim perayaan, pelajar Sarawak yang menuntut di luar negeri ini, pasti akan berfikir dua kali sama ada mahu pulang ke kampung halaman atau sebaliknya.

Ini berikutan faktor harga tiket penerbangan yang mahal selain kos sara hidup yang tinggi.

Menyedari kesulitan itu, Sarawak Volunteers dengan kerjasama Kerajaan Sarawak meneruskan inisiatif Graduan Pulang Sarawak (i-GPS) pada tahun ini.

Setiausaha Agungnya, Khairul Anwar Shazali berkata, pihaknya diberi tanggungjawab memastikan kelancaran program itu untuk manfaat pelajar Sarawak di luar negeri ini.

“Inisiatif ini dilaksanakan untuk membantu pelajar Sarawak yang berada di Semenanjung, Sabah dan Labuan.

“Menerusinya, kita memberikan subsidi sebanyak RM300 bagi penerbangan sehala ke Sarawak dan pelajar boleh memohon sebanyak dua kali setahun,”katanya kepada TVS.

Bagi Firaizul Aidil Mohd. Johari Abdullah yang merupakan mahasiswa di Universiti Utara Malaysia (UUM), dia berasa bertuah kerana menjadi antara ribuan penerima manfaat i-GPS.

Kata pelajar tahun pertama Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Acara itu, bantuan berkenaan membantunya untuk berjimat.

“Sekarang keadaan kewangan keluarga saya tidak begitu memberangsangkan apabila ada ahli keluarga tidak bekerja. Jadi, saya sangat menghargai bantuan ini,”katanya.

Penuntut tahun kedua Jurusan Sarjana Muda Pengajian Antarabangsa dan Strategik di Universiti Malaya (UM), Hifzhan Hafiy Mohd Shaffik pula berkata, ketika ini beliau masih menunggu kelulusan permohonannya.

“Saya telah memohon sejak dua bulan lepas dan masih tunggu keputusan. Sekiranya diluluskan, saya dapat pulang ke kampung,”katanya.

Sementara itu, Khairul Anwar memberitahu, sebanyak 45 277 permohonan diterima dan 21,451 telah diluluskan sejak inisiatif berkenaan diperkenalkan.

“Bagi tahun ini, jumlah permohonan yang diterima adalah sebanyak 6,370 dan yang diluluskan setakat ini sebanyak 3,509,”katanya.

Kepada yang ingin mendapatkan maklumat lanjut i-CAT, anda boleh melayari pautan berikut https://bit.ly/igps2022 – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan