Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

10 ribu sertai Lan Berambeh Sungkey di Sibu

Foto : Safwan Junaidi

SIBU, 24 April : Program Lan Berambeh Sungkey di bandar ini yang kembali dianjurkan setelah dua tahun dihentikan akibat pandemik COVID-19 meriah dengan anggaran kehadiran lebih 10,000 pengunjung.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat negeri, Dr. Annuar Rapaee berkata, majlis anjuran pusat khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka itu sememangnya sangat dinanti-nanti oleh masyarakat setempat.

Katanya, kehadiran ribuan pengunjung berbilang kaum juga jelas menunjukkan perpaduan yang amat tinggi dalam kalangan masyarakat di Sarawak.

Orang ramai yang berbilang kaum turut menyertai Lan Berambeh di Dataran Tunku Bujang, Sibu.

“Sebenarnya sudah lama masyarakat Sibu atau orang luar tunggu untuk berbuka puasa perdana di Dataran Sibu.

“Ini merupakan sungkey perdana yang paling besar di Sarawak pada tahun ini,”katanya selepas menyertai program berkenaan di Dataran Tun Tuanku Bujang di sini semalam.

Menurut Dr. Annuar, dianggarkan hampir 10,000 pengunjung menyertai acara itu berdasarkan maklum balas yang diterima di media sosial.

Suasana ketika program Lan Berambeh Sungkey di Dataran Tun Tuanku Bujang, Sibu.

Lan Berambeh Sungkey kali pertama diadakan di Masjid An-Nur, Sibu pada 2015 dan sejak itu menjadi acara tahunan setiap kali tiba Ramadan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan