Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
SARIKEI, 22 April : Seekor ular sawa batik sepanjang dua meter sempat melahab seekor itik sebelum ditangkap oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarikei, di Jalan Sare di sini, pagi tadi.
SARIKEI, 22 April : Seekor ular sawa batik sepanjang dua meter sempat melahab seekor itik sebelum ditangkap oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarikei, di Jalan Sare di sini, pagi tadi.

Ular sawa kempunan ‘makan besar’

SARIKEI, 23 April : Seekor ular sawa batik sepanjang dua meter sempat menelan seekor itik sebelum ditangkap oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarikei, di Jalan Sare di sini, pagi semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sarikei, Leftenan Pertahanan Awam, Shahrol Azizi Zaidi berkata, sepasukan tiga anggota bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.35 pagi.

Sebaik tiba di lokasi katanya, reptilia itu didapati telah memakan seekor itik yang berada di dalam reban berkenaan.

“Ular itu agak agresif dan cuba melawan semasa kami cuba menangkapnya namun berjaya ditangkap dalam tempoh kira- kira 20 minit.

“Sebaik sahaja ditangkap, ular itu memuntahkan itik yang dimakannya,”katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, kehadiran ular sawa itu disedari pemiliknya ketika sedang memberi makanan kepada haiwan ternakannya.

Ular sawa itu dibawa balik ke pusat kawalan operasi APM daerah sebelum dilepaskan ke habitat asal yang jauh dari penempatan penduduk. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan