Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
BANDAR BAHARU, 22 April -- Ketua Polis Kedah Datuk Wan Hassan Wan Ahmad (dua, kanan) menunjukkan gambar dalang berhubung tahanan etnik Rohingya yang melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen, Sungai Bakap pada Rabu lepas. -- fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

80 tahanan etnik Rohingya sedang dikesan – Polis

ALOR SETAR, 23 April : Polis masih mengesan baki 80 tahanan etnik Rohingya yang melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap dekat Bandar Baharu, Rabu lepas.

Ketua Polis Kedah CP Wan Hassan Wan Ahmad berkata setakat malam tadi, 65 lelaki dewasa, lapan wanita dewasa dan tujuh kanak-kanak perempuan belum ditemukan.

“Setakat ini, seramai 448 tahanan etnik Rohingya telah ditemukan iaitu 229 lelaki dewasa, 89 wanita dewasa, 69 kanak-kanak lelaki dan 61 kanak-kanak perempuan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Wan Hassan berkata sehingga kini jumlah tahanan yang berada di dalam depot tersebut adalah 15 orang dengan kerja-kerja dokumentasi sedang dilakukan sebelum mereka dihantar ke depot tahanan lain.

Baca > > > Tragedi Depoh Imigresen: Merusuh, lari dan enam maut dilanggar di lebuh raya

Baca > > > ‘Kami lari kerana semua rakan lari’ – Tahanan Rohingnya

Dalam kejadian awal pagi Rabu lepas, 528 warga asing terdiri daripada etnik Rohingya melarikan diri, bagaimanapun enam daripada mereka maut dirempuh kereta ketika cubaan melarikan diri di lebuh raya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan