Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiga anggota APM digerakkan ke lokasi bagi menangkap ular sawa sepanjang 12 kaki dengan menggunakan peralatan khas penjerut ular. 

Ular sawa 12 kaki di siling tandas cetus cemas penghuni rumah

BETONG, 19 April : Penghuni sebuah rumah di Kampung Tengah, disini panik selepas terjumpa seekor ular sawa sepanjang 12 kaki di siling tandas rumahnya pagi tadi. 

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Betong, LT.M (PA) Desem Samuel memaklumkan, pihaknya menerima laporan pada jam 9.25 pagi yang memaklumkan mengenai kehadiran reptilia itu.

Tiga anggota digerakkan ke lokasi bagi menangkap ular sawa berkenaan dengan menggunakan peralatan khas penjerut ular. 

Pihaknya mengambil masa kira-kira 39 minit untuk menangkap ular tersebut dan berjaya dibawa turun dari siling rumah berkenaan.

APM Betong menangkap seekor ular sawa sepanjang 12 kaki dijumpai di siling tandas sebuah rumah di Kampung Tengah, Betong, di sini, pagi tadi. 
APM Betong menangkap seekor ular sawa sepanjang 12 kaki dijumpai di siling tandas sebuah rumah di Kampung Tengah, Betong, di sini, pagi tadi. 

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan operasi tamat pada jam 10.16 pagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan