Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang kru bot nelayan, Francis Anak Awi, 39, dilaporkan disyaki jatuh ke laut di perairan Pulau Burong pada Isnin

Kru bot nelayan disyaki jatuh laut di perairan Pulau Burong 

ByJas

KUCHING, 19 April : Seorang kru bot nelayan disyaki jatuh ke dalam laut di perairan Pulau Burong pada Isnin.

Komander Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan, PBK II (TBKI) Abg Othman Abg Sharbini memaklumkan, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.17 petang. 

“Maritime Rescue Sub Center (MRSC) menerima panggilan daripada pemilik bot SF1-3397, Hasbullah memaklumkan mangsa, Francis Anak Awi, 39, dipercayai jatuh laut pada 5.06 petang, 

“Mangsa dilaporkan menggunakan baju lengan panjang berwarna kelabu,” katanya dalam satu kenyataan.

Susulan itu, pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR), BBP Simunjan dengan kekuatan empat anggota digerakkan ke lokasi di jeti Sebuyau pada jam 8.30 pagi Selasa bagi memberi bantuan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia  (APMM) untuk operasi SAR yang masuk hari kedua.

“Pasukan SAR menggunakan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Hilux dan bot aluminium bomba sebagai jentera operasi,” ujarnya lagi.

Pada masa sama, terdapat beberapa bot nelayan juga turut membantu melakukan pencarian. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan