Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang individu yang identitinya masih belum dikenal pasti ditemukan rentung dalam sebuah kereta yang terbakar di Kampung Taman Jaya, Bahau, Jempol dekat sini awal pagi ini.

Individu ditemukan rentung dalam kereta

ByBernama

SEREMBAN, 18 April : Seorang individu yang identitinya masih belum dikenal pasti ditemukan rentung dalam sebuah kereta yang terbakar di Kampung Taman Jaya, Bahau, Jempol dekat sini awal pagi ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bahau Muhamad Rasul Hashim berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 5.03 pagi sebelum tujuh anggota termasuk pegawai dari BBP Bahau ke lokasi kejadian.

“Sebuah kereta jenis Proton Wira Sedan didapati terbakar 100 peratus dan terdapat seorang individu di dalamnya rentung di bahagian tempat duduk pemandu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan