Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Umai obor – obor, antara 30 sajian bufet Sarawak di Kedey Kamek

ByAmirah Shawel

KUCHING, 17 April : Sekiranya anda ‘mengidam’ untuk berbuka puasa dengan hidangan asli Sarawak, Kedey Kamek di Metro City, di sini patut berada dalam senarai tempat ‘sungkei’ yang perlu dicuba.

Menawarkan konsep bufet, Kedey Kamek menghidangkan lebih 30 masakan kepada pengunjung sempena Ramadan tahun ini.

Pengurusnya, Abdul Hardie berkata, tawaran bufet pada tahun ini boleh dianggap sebagai comeback kerana mereka sebenarnya telah tampil dengan konsep berkenaan sejak 2016.

“Bagaimanapun bufet tidak dapat teruskan kerana kita berdepan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua tahun berturut-turut ketika bulan puasa.

“Alhamdulillah Kedey Kamek kembali pada tahun ini dengan bufet Ramadan. Selepas lebih 10 hari, sambutan yang diterima amat menggalakkan,”katanya kepada TVS semalam.

Nasi briyani kambing antara hidangan yang turut disediakan di sini.

Ditanya mengenai hidangan utama yang sering ‘dicari’ pelanggan di sini, Abdul berkata, sudah pasti seleksi umai Sarawak antara yang paling cepat habis di meja bufet.

” Kami sajikan empat jenis umai iaitu ayam,udang,ikan dan obor-obor yang disediakan oleh tukang masak berpengalaman, cukup rasa,”katanya.

Selain itu, beliau memberitahu, bubur juga merupakan antara pembuka selera atau pemanis mulut yang sering dicari masyarakat di negeri ini ketika berbuka puasa.

Kepada penggemar masakan asli Sarawak, kedai ini boleh dikunjungi untuk berbuka puasa.

“Antara yang kami sediakan ialah bubur cha- cha, bubur lambuk dan bubur pedas yang merupakan hidangan istimewa di Sarawak ketika berbuka puasa,” katanya.

Ditanya tentang harga, beliau memberitahu, caj yang dikenakan bagi orang dewasa ialah RM38 manakala bagi kanak-kanak berumur enam hingga 12 tahun pula hanya RM16 dan percuma kepada kanak-kanak yang berusia lima tahun ke bawah.

Orang ramai yang ingin menempah untuk berbuka puasa di Kedey Kamek Metrocity boleh menghubungi mereka di Facebook Kedey Kamek. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan