KUCHING, 7 April : Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencipta rekod baharu apabila tersenarai sebagai 30 artis global yang paling banyak menerima anugerah sepanjang zaman.
Menerusi akaun Twitter The Artist Museum, Siti Nurhaliza menduduki tangga ke-27 dalam senarai ‘Top 100 Most Awarded Musicians of All-Time’ dengan jumlah 329 anugerah diterima sepanjang kerjayanya.
Lebih membanggakan, Siti turut mengalahkan barisan penyanyi terkenal antarabangsa termasuk Justin Timberlake (322), Usher (317), Nicki Minaj (314) Celine Dion (296), Christina Aguilera (236) dan Jennifer Lopez (232).
Senarai Top 3 diungguli oleh Michael Jackson dengan 1,003 anugerah, diikuti oleh Beyonce (896) dan Taylor Swift (867).
Siti Nurhaliza memegang rekod sebagai artis Malaysia yang paling banyak menerima anugerah dan pencapaian beliau dimasukkan dalam Malaysia Book of Records pada 2001 dan sehingga kini beliau memegang rekod tersebut. – TVS