Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Nelayan maut kereta langgar pokok

MUKAH, 7 April : Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya melanggar sebatang pokok dalam kemalangan kendiri di Jalan Orang Kaya Setia Raja, di sini pada petang tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, seorang lagi penumpang wanita yang merupakan anak kepada pemandu itu mengalami kecederaan pada bahagian perut selepas tersepit dalam kereta jenis Proton Wira itu.

“Wanita itu berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum anggota bomba tiba dan dibawa ke Hospital Mukah untuk menerima rawatan,”jelas PGO menerusi kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Muhammad Rizal Alias memberitahu, pemandu kereta itu dikenali sebagai Hassan Rajak, 51, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Katanya, ketika kejadian, mangsa yang merupakan seorang nelayan dipercayai dalam perjalanan ke Pasar Baru Mukah dari arah Kampung Tellian Laut.

“Setibanya di tempat kejadian, kereta yang dipandu mangsa hilang kawalan seterusnya terbabas ke kiri jalan dan merempuh sebatang pokok,” katanya.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan