Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua wanita Vietnam bersama dadah lebih RM40 ribu ditahan di Kuching

Dua wanita Vietnam bersama dadah lebih RM40 ribu ditahan di Kuching

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 7 April : Serbuan Polis Sarawak di sebuah unit pangsapuri di bandar raya ini yang dihuni oleh dua wanita Vietnam berjaya menemui pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM40,000.

Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, polis terlebih dahulu menahan seorang lelaki Cina tempatan pada pukul 2.30 petang Isnin lalu dalam operasi khas dan menjumpai sejumlah dadah.

Susulan itu, satu lagi serbuan dilakukan oleh Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Sarawak di pangsapuri berkenaan.

“Ketika melakukan pemeriksaan di situ, dua orang wanita berkenaan yang masing – masing berusia 24 dan 33 tahun berada di kediaman itu.

“Pemeriksaan lanjut di situ telah berjaya merampas sebanyak 58 paket jus campuran serbuk ecstasy dengan nilai keseluruhan RM37 700,”jelas kenyataan itu hari ini.

Polis turut menemui 13.35 gram ketamin dengan anggaran nilai RM2,000 , 13 biji pil ecstasy bernilai RM390 dan 30 biji pil eramin 5 (RM450).

“Turut dirampas sebuah kereta Proton dan wang tunai berjumlah RM6,220,”jelas IPK.

Polis percaya sekiranya kesemua dadah berkenaan ‘terlepas’ ke pasaran, ia dapat digunakan oleh seramai 700 orang penagih.

Kesemua mereka kini direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan