Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Aktiviti selam skuba, snorkeling di perairan Mersing dihenti serta-merta

Foto: BERNAMA

MERSING, 7 April : Sebarang aktiviti selam skuba dan snorkeling di sekitar perairan Mersing diarah dihentikan berkuat kuasa serta-merta, menurut Pegawai Daerahnya Mohammed Shakib Ali.

Baca >>>  Empat penyelam Eropah hilang di Mersing dikenal pasti

Baca >>>  TERKINI : Seorang penyelam hilang di Mersing ditemui selamat

Baca >>>  Jurulatih selam diselamatkan bot pukat tunda

Dalam kenyataan hari ini beliau berkata tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat pihak yang melanggar arahan tersebut.

“Semua pengusaha resort, chalet, pengusaha bot pelancong serta bot ‘Island Hopping’ dan pusat selam skuba diminta menghentikan sebarang aktiviti selam skuba serta snorkeling di perairan daerah Mersing, berkuat kuasa serta merta,” katanya.

Beliau berkata demikian susulan kejadian tengah hari semalam, membabitkan empat penyelam warga asing yang hilang ketika menyelam di Pulau Tokong Sanggol, kira-kira sembilan batu nautika dari Tanjung Leman di sini.

Setakat ini, hanya jurulatih selam warga Norway, Kristine Grodem, 35, ditemukan selamat hari ini di perairan Tanjung Sedili, Kota Tinggi, kira-kira 30 batu nautika dari lokasi kejadian.

Tiga lagi penyelam, Adrian Peter, 46, yang merupakan warga Britain dan anak lelakinya Nathen Renze, 14, warga Belanda dan warga Perancis Alexia Alexandra,18, masih belum ditemukan.

Untuk rekod, Mersing mempunyai lima pulau utama iaitu Pulau Sibu, Pulau Besar, Pulau Tinggi, Pulau Aur dan Pulau Pemanggil. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan