KUCHING, 6 April : Kerajaan Sarawak mengumumkan bantuan khas RM500 kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam negeri semua gred sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Gawai tahun ini.
Menerusi kenyataan Pejabat Premier Sarawak hari ini, bantuan berkenaan akan mula dibayar menjelang sambutan dua perayaan berkenaan.
“Pemberian ini adalah adalah sebagai menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab serta menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negeri dan negara menghadapi tempoh yang penuh cabaran,” kata kenyataan itu.
Kenyataan itu juga berharap pemberian bantuan khas ini dapat meringankan beban kewangan serta menjadi insentif kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi. -TVS