Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Perdana Menteri doakan kesembuhan Agong, Raja Permaisuri

ByBernama

KUALA LUMPUR, 4 April : Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendoakan kesembuhan dan kesihatan yang baik untuk Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menerusi catatan di akaun Facebook hari ini, Perdana Menteri berkata seluruh Keluarga Malaysia turut menitipkan doa yang sama buat Seri Paduka berdua. 

“Patik dan seluruh Keluarga Malaysia mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kesembuhan dan kesihatan yang baik untuk Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong,” katanya. 

Semalam Bernama melaporkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menjalani kuarantin kendiri di Istana Negara setelah disahkan positif COVID-19.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan memaklumkan Al-Sultan Abdullah akan menjalani kuarantin kendiri hingga Khamis ini manakala Tunku Azizah hingga Jumaat.

— TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan