Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki ditahan, dadah dirampas

Penagih dadah rambut perang ‘melawan’ ketika cuba ditahan

SERIAN, 29 Mac : Seorang lelaki berambut perang bertindak agresif ketika cuba ditahan sepasukan anggota polis dalam serbuan di rumah tidak bernombor di Kampung Sungai Bari, Serian, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Aswandy Anis berkata, ketika operasi dilakukan oleh anggotanya, lelaki itu berada di ruang tamu rumah berkenaan.

“Polis terpaksa menggunakan kekerasan minima kerana suspek agresif ketika dia cuba melarikan diri,”katanya menerusi kenyataan semalam.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut yang dilakukan, polis menemukan satu paket plastik lutsinar bersama 28 tiub straw pelbagai saiz yang masing – masing berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine dengan berat keseluruhan lapan gram.

“Keputusan ujian saringan air kencing pula mendapati suspek positif dadah amphetamine dan methamphetamine,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39 A (1) dan Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan