Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Guru rugi RM55 000 ditipu pelaburan makanan kering

SIBU, 26 Mac : Seorang guru sekolah menengah di bandar ini terpaksa menelan hakikat pahit selepas wang simpanannya sebanyak RM55,000 lesap akibat terpedaya skim pelaburan makanan kering yang sebenarnya tidak wujud.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Dr Collin Babat berkata, guru lelaki berusia 43 tahun itu teruja dengan ‘kisah kejayaan’ rakannya yang mendakwa telah mendapat keuntungan lumayan setelah menyertai pelaburan itu sejak 2018.

Katanya, pengadu yang berminat untuk turut serta selepas diyakinkan rakannya itu bersetuju membuat pembayaran sebanyak dua kali secara tunai dan telah diberikan resit pembayaran.

“Mangsa menyerahkan wang berjumlah RM15,000 kepada suspek pada 10 Disember 2020.

“Pembayaran kali kedua melibatkan jumlah RM40,000 pula dilakukan pada 10 Disember 2021,” katanya.

Beliau memberitahu, setelah menunggu lebih tiga bulan selepas bayaran kedua dibuat tanpa sebarang keuntungan yang dijanjikan, pengadu menghubungi suspek namun gagal.

Collin berkata, mangsa yang menyedari terpedaya tampil membuat laporan di Balai Polis Sentral Sibu semalam.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan