Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Reman penjaga Eric Chang diteruskan sehingga 24 Mac.
Reman penjaga Eric Chang diteruskan sehingga 24 Mac.

Ibu Eric Chang didenda RM3,000 mengaku bersalah ambil dadah

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 25 Mac : Dynasty Chang, ibu kepada kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang, Eric Chang didenda RM3,000 oleh mahkamah pada Rabu lalu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah ketika dihubungi TVS mengesahkan wanita berusia 25 tahun itu mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi.

Mahkamah turut mengarahkan wanita itu menjalani tempoh pengawasan selama dua tahun.

Mengikut pertuduhan, Dynasty didakwa memasukkan dadah berbahaya yang terkandung dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu amphetamine dan methamphetamine ke dalam tubuhnya sendiri.

Dia sebelum ini menjadi tumpuan selepas turut ditahan polis bersama suaminya dan dua individu lain bagi membantu siasatan kes kehilangan anak lelakinya di Bintawa pada 7 Mac lepas.

Keputusan ujian saringan air kencing mendapati kesemua mereka positif dadah.

Pada awalnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak – Kanak 2001 namun diklasifikasikan semula mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pihak berkuasa turut melancarkan operasi di sekitar Sungai Muara Tebas untuk mencari petunjuk bagi menyelesaikan kes berkenaan namun selepas tujuh hari, pencarian ditamatkan selepas tidak menemui sebarang bukti.

Semalam, Ahsmon turut mengesahkan pasangan penjaga Eric disambung reman sehingga 31 Mac ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan