Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Suami tetak isteri hingga maut di Sabah

KOTA KINABALU, 23 Mac: Seorang wanita maut selepas dipercayai dibunuh oleh suaminya di bilik sewa pasangan itu di bangunan Segama di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata suspek yang berusia 31 tahun itu menghubungi talian MERS999 pada jam 11.47 malam.

“Suspek memaklumkan telah menetak isterinya dengan menggunakan senjata tajam sehingga tidak sedarkan diri dan mahu menyerah diri.

“Motif pembunuhan dipercayai kerana cemburu dan berlaku pertengkaran sebelum suspek menyerang isterinya yang berusia 23 tahun,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Zaidi berkata mayat mangsa telah diserahkan ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth bagi proses calitan COVID-19 dan bedah siasat. 

Beliau berkata suspek, yang juga merupakan pemegang pas IMM13 dan bekerja sebagai buruh binaan, akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan