Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tiga pos kawalan sempadan Sarawak – Kalimantan siap Julai ini

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 22 Mac: Tiga pos kawalan baharu yang sedang dibina di sempadan Sarawak dengan Kalimantan, Indonesia dijangka akan siap sepenuhnya pada Julai depan.

Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Dzulkafli Mustaffa berkata, ketika ini projek pembinaan berkenaan telah mencapai kemajuan 65 peratus sejak dimulakan pada tahun lepas.

Katanya, pos-pos berkenaan dibina untuk mengukuhkan keselamatan dan kawalan di perbatasan negara terutamanya bagi mengekang pencerobohan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan kegiatan jenayah rentas sempadan.

“Kita menjangkakan kesemua pos kawalan itu yang terletak di Sungai Pauh di Serian, Padang Upan di Bau dan Batu Kaya, Lubok Antu akan siap sepenuhnya pada Julai dan sedia untuk beroperasi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tuan Yang Terutama, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Demak Jaya di sini hari ini.

Turut menyertai Dzulkafli ialah Panglima 3 Briged, Brigedier Jeneral Mohd. Kamil Abdul Latiff, Panglima 9 Briged, Brigedier Jeneral Mohd. Shauari Mat Piah dan Panglima 31 Briged, Brigedier Jeneral Abdul Jalal Zaidi Abdul Majid yang baharu ditugaskan di Sarawak.

“Kunjungan hormat ini bertujuan untuk memperkenalkan beberapa orang panglima baharu selain mahu mengeratkan hubungan antara kerajaan negeri dengan pasukan tentera darat di Sarawak,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan