KUCHING, 17 Mac : Tempoh reman terhadap penjaga kanak- kanak lelaki, Eric Chang yang dilaporkan hilang telah dilanjutkan sehingga 24 Mac depan.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah mengesahkan perkara itu menerusi kenyataan media hari ini.
Katanya, lanjutan tempoh reman membabitkan penjaga dan suaminya itu bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sementara itu operasi hari kelima pencarian di sekitar muara Sungai Tebas pada hari ini menyaksikan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menggunakan kaedah pencarian dasar seperti disahkan Pengarahnya, Datu Khirudin Drahman Husaini semalam.
Sebelum ini, Eric Chang yang berusia empat tahun dilaporkan hilang pada 7 Mac lalu di rumah pengasuhnya di Taman Riverview, Bintawa dan laporan dibuat oleh keluarganya pada hari sama.
Susulan itu, polis menahan empat individu iaitu pasangan penjaga serta ibu dan ayah Eric.
Ibu dan ayah mangsa kemudian dibebaskan dengan jaminan polis. -TVS