Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua pengedar dadah di Bekenu diberkas polis
Dua pengedar dadah di Bekenu diberkas polis

Dua pengedar dadah di Bekenu tumpas

MIRI, 16 Mac : Polis berjaya menahan dua lelaki tempatan yang disyaki aktif mengedar dadah di sekitar Bekenu dalam serbuan ke atas sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Kelulit, dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Hakamel Hawari berkata, kedua-dua suspek yang berusia 25 dan 44 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik , Ibu Pejabat Daerah (IPD) Miri pada pukul 7.30 malam. 

Katanya, pemeriksaan lanjut di rumah berkenaan telah menjumpai satu plastik berwarna hitam yang mengandungi paket plastik lutsinar berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine.

“Kesemua dadah yang dirampas itu seberat 50.40 gram dan dianggarkan bernilai RM5,050,” katanya menerusi satu kenyataan di sini.

Hakemal berkata, ujian saringan air kencing yang dilakukan mendapati salah seorang suspek didapati positif dadah jenis Tetra Hydrocannibol (THC).

“Kedua-dua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 23 Mac ini,” katanya.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 39B , Akta Dadah Berbahaya 1952. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan