Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pusat mengundi ditutup ikut waktu diwarta

Pusat mengundi ditutup ikut waktu diwarta – Wan Junaidi

KUCHING, 13 Mac : Dakwaan terdapat pusat pengundian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam yang ditutup awal adalah tidak benar, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Parlimen dan Undang-undang).

Sebaliknya Wan Junaidi menjelaskan bahawa waktu penutupan sesetengah pusat pengundian diwartakan pada waktu tertentu, mengikut pelbagai faktor termasuk jumlah pengundi.

“Semalam, terdapat aduan seorang wanita yang bertanyakan kenapa pusat mengundinya ditutup pada pukul 2 petang. Sebenarnya, (saya dimaklumkan) pusat pengundian itu dibuka hanya untuk 170 pengundi dan telah digazet ditutup pada pukul 2 petang.

“Jadi ia mesti ditutup pada waktu itu, jika masih dibuka selepas pukul 2, tidak boleh pakai (undi tidak boleh diambil kira). Ini undang-undang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri satu acara di Kampung Tanjung Bako di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata keputusan menetapkan waktu pembukaan pusat mengundi Pilihan Raya Negeri tidak terletak pada individu atau pihak polis.

“Ini bukan keputusan individu atau polis, perkara itu sudah digazet dan sudah dimaklumkan kepada semua pihak. Sepatutnya pengundi perlu mengetahui pusat mengundi mereka tutup pukul berapa? supaya tidak lambat,” katanya.

Semalam, tular video di media sosial yang menunjukkan seorang wanita yang marah di hadapan sebuah pusat pengundian kerana tidak dapat masuk untuk mengundi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan