Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUCHING, 2 Mac -- Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg (dua, kanan) merasmikan 'Sarawak Energy Vendor Awards 2021' anjuran Sarawak Energy hari ini. ? Turut hadir, Pengerusi Sarawak Energy Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi (kanan). ?--fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA
KUCHING, 2 Mac -- Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg (dua, kanan) merasmikan 'Sarawak Energy Vendor Awards 2021' anjuran Sarawak Energy hari ini. ? Turut hadir, Pengerusi Sarawak Energy Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi (kanan). ?--fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Negeri maju berpendapatan tinggi: Kerja keras perlu untuk capai sasaran pertumbuhan – Abang Johari

KUCHING, 3 Mac: Perjalanan Sarawak ke arah mencapai sasaran menjadi negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030 bukanlah suatu tugas yang mudah kerana ia memerlukan usaha dan kerja keras daripada semua pihak, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata bagi mencapai sasaran itu, Sarawak perlu menggandakan saiz ekonominya daripada RM136 bilion pada 2019 kepada RM282 bilion menjelang 2030.

“Ini bermakna, ekonomi Sarawak perlu berkembang secara purata antara 6 hingga 8 peratus setahun dan sektor ekonominya perlu memberi tumpuan kepada usaha mempelbagaikan aliran pendapatan, meningkatkan kecekapan kerja dan meningkatkan produktiviti.

“Ini adalah satu peningkatan tugas yang sangat besar, ia bukan mudah tetapi ia memerlukan kerja keras daripada semua komuniti perniagaan kerajaan dan masyarakat secara keseluruhannya,” katanya dalam ucapan pada majlis Anugerah Vendor Sarawak Energy 2021 di sini, malam tadi.

Abang Johari berkata di bawah Strategi Pembangunan PascaCOVID-19 negeri 2030 (PCDS 2030), kerajaan negeri telah mengenal pasti sektor ekonomi utama dan pemboleh untuk mengubah landskap ekonomi Sarawak.

Beliau berkata di bawah rancangan itu, Sarawak turut menekankan kepelbagaian ekonominya, dengan tumpuan khusus untuk memodenkan pertanian, memperkukuh infrastruktur, memajukan pelancongan dan mempercepat pembangunan modal insan.

“Ini akan membuka banyak peluang untuk aktiviti ekonomi produktif di kawasan luar bandar dan bandar, menyediakan peluang pekerjaan dan perniagaan yang lebih besar kepada semua, termasuk perusahaan kecil dan sederhana.

“Melalui penglibatan dalam peluang ini, anda bukan sahaja dapat memperoleh manfaat malah dapat menyumbang kembali kepada pertumbuhan ekonomi tempatan, sekali gus menyokong Sarawak dalam mencapai impian untuk muncul sebagai negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030,” tambahnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan