Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suspek lelaki terbabit yang berusia 43 tahun telah ditahan dalam satu serbuan 'Op Dadu' yang dijalankan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) IPD Julau di sebuah premis kantin Kasa di Jalan Nanga Wak, Pakan pada jam 3 petang itu.
Suspek lelaki terbabit yang berusia 43 tahun telah ditahan dalam satu serbuan 'Op Dadu' yang dijalankan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) IPD Julau di sebuah premis kantin Kasa di Jalan Nanga Wak, Pakan pada jam 3 petang itu.

Operator kantin jual loteri haram tumpas

JULAU, 11 Feb : Kegiatan seorang operator kantin yang mencari ‘pendapatan sampingan’ dengan menjual loteri haram tidak bertahan lama dia ditahan polis dalam satu serbuan di Pakan, dekat sini, petang semalam.

Lebih berani, lelaki berusia 43 tahun itu turut menganjurkan aktiviti perjudian dalam talian di kantin berkenaan.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Andam Sulin berkata, suspek ditahan menerusi Op Dadu yang dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah , Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) kira – kira pukul 3 petang di kantin itu yang terletak di Jalan Nanga Wak.

Andam berkata, polis percaya suspek telah menjalankan kegiatan berkenaan di situ sejak dua bulan lalu dengan purata keuntungan sebanyak RM250 sehari.

“Dalam serbuan itu, polis telah merampas pelbagai barang kes termasuk satu telefon bimbit, satu mesin pencetak mudah alih, sekeping kertas yang tertera cetakan angka-angka nombor disyaki loteri awam dan wang tunai RM175,” katanya ketika dihubungi TVS di sini hari ini.

Katanya, suspek telah menjalankan aktiviti penjualan loteri awam itu untuk ‘pelanggan’ di kawasan luar bandar, Pakan.

Beliau memberitahu, suspek telah ditahan di lokap semalam dan dibebaskan hari ini manakala kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c), Akta Rumah Judi Terbuka 1953. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan