Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
50 rhino horns seized in Malaysia in joint INTERPOL operation against wildlife trafficking

Interpol rampas 50 tanduk badak di Malaysia dalam Operasi Golden Strike

KUCHING, 11 Feb : Operasi Golden Strike selama lapan minggu antara Polis Antarabangsa (INTERPOL) dengan pihak berkuasa Malaysia membawa kepada rampasan 50 tanduk badak yang diseludup ke negara ini melalui Mozambique.

Dalam operasi itu, pihak berkuasa Afrika Selatan dan Malaysia turut menahan dan mendakwa dua orang suspek atas kesalahan menyeludup 45 kilogram (kg) tanduk badak.

Selain tanduk badak, pelbagai bahagian haiwan yang dilindungi di bawah Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Terancam Flora dan Fauna Liar (CITES).

Pengarah Jenayah Terancang dan Jenayah Baru INTERPOL, Ilana de Wild berkata, jumlah sebenar haiwan yang dirampas masih belum disahkan.

“Pada ketika ini rampasan termasuk 1,202 batang gading gajah, 42 gigi ikan yu, 33 batu karang merah, 1,336 spesies lain yang dilindungi dan hidupan liar yang masih hidup termasuk tiga kura-kura dan penyu dan lebih daripada 120 ekor burung,” katanya.

Menerusi operasi berkenaan, sejumlah 23 buah negara, termasuk Malaysia, Singapura dan Thailand telah berkongsi maklumat risikan bagi membolehkan operasi dilakukan membabit ‘laluan-laluan terpilih’ yang digunakan sindiket pemerdagangan hidupan liar. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan