Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Aidi serah tugas Pesuruhjaya Polis Sarawak
Aidi serah tugas Pesuruhjaya Polis Sarawak

Aidi serah tugas Pesuruhjaya Polis Sarawak

KUCHING, 11 Feb : Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail hari ini menamatkan perkhidmatannya bersama Polis Kontinjen Sarawak dalam satu majlis serah terima tugas jawatan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini.

Beliau menyerahkan tugas Pesuruhjaya Polis Sarawak kepada timbalannya, Datuk Mancha Ata yang akan memangku jawatan berkenaan.

Majlis serah terima tugas itu juga disaksikan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Azri Ahmad.

Aidi memegang jawatan Pesuruhjaya Polis Sarawak selama hampir dua tahun sejak 18 Feb 2020. 

Pada 20 Jan lepas, Setiausaha Polis Diraja Malaysia DCP Ruslan Khalid dalam kenyataan memaklumkan Aidi dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman yang baharu berkuat kuasa pada 22 Feb ini.

Aidi dalam satu sidang media selepas acara tersebut berkata pandemik COVID-19 dan keadaan negeri Sarawak yang luas merupakan cabaran terbesar beliau semasa memegang jawatan Pesuruhjaya Polis negeri itu.

“Sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan misalnya kita perlu mengerahkan jumlah anggota yang besar bukan sahaja untuk tujuan sekatan jalan raya tetapi untuk memantau SOP (prosedur operasi standard).

“Cabaran ini juga belum selesai, kita lihat kes positif kembali meningkat dan semua harus tidak leka dan selesa dalam menghadapi cabaran ini,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan