Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Dua Ditahan Polis Cetus Kemarahan Isu Palestin-Israel

KUCHING, MEI 19: Polis menasihati orang ramai agar berhati-hati memberikan pendapat atau komen berkaitan isu konflik Paletin-Israel di laman sosial.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail , setakat ini, dua kertas siasatan telah dibuka membabitkan tangkapan dua individu di Sarawak berkaitan konflik antara dua negara tersebut.

Beliau berkata tangkapan tersebut adalah susulan daripada laporan polis yang dibuat terhadap dua pemuda terbabit yang dikatakan mencetuskan kemarahan orang lain melalui komen dan video dimuat naik di media sosial.

“Oleh itu, berhati-hati semasa memberikan pendapatan atau komen dan tidak menjadikan media sosial sebagai platform untuk melepaskan kemarahan atau rasa tidak puas hati sehingga menyinggung perasaan dan sensitiviti orang lain”

Tegas Aidi juga, pihak polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas sesiapa yang melakukan kesalahan tersebut.

“Ia merupakan satu kesalahan di bawah undang-undang terutamanya Kanun Keseksaan, Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan