Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak Trek and Hide kongsi destinasi 'rare' Sarawak

Sarawak Trek and Hide promosi keistimewaan Sarawak

MUKAH, 2 Feb : Sarawak mempunyai banyak produk yang berpotensi untuk dikembangkan malah sebahagiannya jarang diketahui oleh masyarakat luar.

Bagi mengangkat produk sedia ada, Sarawak Trek and Hide (STH) mengambil tugas itu dan telah berusaha mempromosikan Sarawak sejak lapan tahun lalu.

Menurut Timbalan Pengerusi STH, Abang Zakaria Abang Mohamad Aripin, tugas dipikul tidak mudah, kerana mereka perlu mendaki dan menjelajah ke seluruh negeri Sarawak.

Malah katanya, kepelbagaian etnik dan budaya penduduk tempatan menyerlah lagi potensi berkenaan sekali gus menjadikannya sebagai permata berharga Bumi Kenyalang.

“Sarawak Trek and Hide bermula daripada pemandu pelancong, jadi kebanyakan masa kita sibuk membawa pelancong.

“Pada suatu hari kita ada masa lapang dan terfikir mungkin kita boleh jelajah tempat baru untuk diterokai dan tidak disangka oleh kerana Covid-19 melanda seluruh dunia, jadi pergerakan kita terjejas.

“kita cuba bergerak di kawasan masing-masing dan di situlah timbul STH dan mewujudkan satu program untuk membawa masyarakat tak kira peringkat umur untuk explore mana-mana tempat yang menarik atau produk pelancongan yang ada di sarawak ni.” Katanya yang ditemui selepas menghadiri Program Campfly di Pantai Belawai.

Majlis perasmian program disempurnakan Menteri Muda Sumber Asli dan Pembangunan Bandar, Datu Len Talif Salleh.


Jelasnya lagi aktiviti mereka tidak hanya terhad dengan pendakian dan perkhemahan sebaliknya mencakupi pelbagai aspek termasuk sosio dan budaya penduduk setempat.

Setiap pengalaman itu ujarnya, akan diketengahkan melalui perkongsian di media sosial rasmi milik STH yang kini mempunyai seramai 30,000 pengikut yang secara tidak langsung mempromosikan keunikan dan keindahan Sarawak di mata dunia.

“Lokasi kalau sebut area Kuching mungkin lebih 20, tapi kita ada ahli yang duduk luar daripada Kuching jadi setiap ahli akan mempamerkan gambar atau tempat menarik untuk dikongsikan,

“Contohnya kalau orang Kuching nak pergi Belawai, apa yang ada di Belawai?

“Selain daripada hiking, di sana ada masakan, penginapan dan sebagainya.

“Kalau dari Miri nak pergi Sibu pula kita kongsi maklumat apa yang ada di Sibu.”katanya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan