Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Mastika hasilkan coklat berperisa laksa Sarawak pertama di Malaysia

KUCHING, 2 Feb : Kebelakangan ini usahawan bidang makanan di Sarawak semakin kreatif dalam penghasilan produk jualan mereka.

Salah seorang usahawan tersebut adalah Mastika Jamali yang telah menghasilkan coklat berperisa laksa Sarawak.

Menurutnya, inovasi itu tidak menghilangkan rasa asli coklat mahupun rasa laksa Sarawak dan dia mahu mempromosikan ke seluruh dunia.

Idea tersebut katanya tercetus selepas melawat Jerman yang mana dia berasa teruja melihat inovasi di negara Eropah itu yang mempelbagaikan perisa coklat keluaran mereka.

“Di Jerman , mereka menghasilkan coklat pelbagai perisa seperti oren, strawberi dan banyak lagi, jadi saya fikir perkara sama boleh dilakukan menggunakan makanan yang menjadi identiti Sarawak seperti laksa,”katanya.

Tampil sebagai tetamu dalam program ‘Sejahtera Asia’ terbitan TVS semalam, Mastika secara esklusif ‘berkongsi’ ramuan rahsia yang digunakan untuk menghasilkan coklat berperisa laksa Sarawak.

“Saya menggunakan hampas daripada bumbu laksa Sarawak untuk menjadikan sebagai coklat, oleh itu tiada pembaziran berlaku,” katanya.

Bercerit lanjut, Mastika mengakui dunia perniagaan ‘sarat’ dengan pelbagai cabaran dan dia turut tidak terkecuali diuji.

“Ketika membuat keputusan untuk menghasilkan coklat perisa ini, ramai yang tidak yakin malah ahli keluarga saya turut ragu -ragu, mereka kata tidak masuk akal bagaimana hendak menghasilkan coklat berperisa laksa,” katanya.

Menganggap semua itu sebagai cabaran, Mastika berkata, dia terus membuat kajian dan tidak patah semangat untuk menghasilkan coklat laksa ini.

“Ketika tempoh percubaan, saya sering memberikan sampel kepada kawan-kawan dan keluarga untuk mencuba, saya mendapat maklum balas positif , apabila mereka mengatakan rasa coklat laksa berbeza,” katanya.

Pada masa yang sama, produknya juga tidak menggunakan susu kerana menggantikan dengan santan , paling istimewa katanya, turut diletakkan daun ketumbar dalam coklatnya sekaligus membangkitkan bau yang harum.

“Selama tiga bulan saya membuat eksperimen untuk menghasilkan kombinasi antara santan dengan coklat dan rempah , saya akui ia bukan perkara yang mudah, namun saya tidak pernah berputus asa untuk menghasilkan produk coklat saya sendiri.

“Pernah saya buat eksperimen coklat yang dihasilkan belum sampai sebulan sudah tidak dapat dimakan atau basi, ada masanya coklat tersebut rasa terlebih masam sebab banyak rempah,” katanya lagi.

Tambah beliau, coklat memberi tenaga manakala bumbu laksa dapat memanaskan badan, oleh itu dia yakin produknya itu mempunyai khasiat terhadap tubuh badan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan