Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiada tarikh tamat bagi Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi Dan Kestabilan Politik Di Antara Kerajaan Persekutuan Dan Pakatan Harapan, kata Ahli Jawatankuasa Rundingan dan Pelaksana MoU itu Tan Sri Annuar Musa.

Pengamal media harus mendukung prinsip berita tepat, beretika – Annuar

KUALA LUMPUR, 2 Feb: Pengamal media bertanggungjawab mendukung prinsip pelaporan berita yang tepat dan beretika sepanjang masa sekali gus akan meningkatkan integriti pihak media itu sendiri, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa. 

Beliau berkata Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) khususnya, menerima banyak aduan mengenai pengamal media melibatkan media konvensional, media dalam talian serta media sosial yang melanggar etika dan undang-undang negara.

“Dalam hal ini saya percaya semua pengamal media mempunyai keupayaan untuk membuat penilaian sendiri dan kekuatan moral untuk sentiasa mematuhi undang-undang dan menjaga etika kewartawanan dalam setiap pelaporan berita yang disiarkan.

“Meskipun kerajaan amat menghormati prinsip kebebasan media, namun semua pihak mestilah mempunyai kebertanggungjawaban dalam pemberitaan dan laporan yang disiarkan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Annuar berkata pelaporan yang melanggar hak orang lain atau melanggar undang-undang tidak sepatutnya berlaku dan mestilah dielakkan kerana ia boleh mengakibatkan pihak media berdepan tindakan sivil atau tindakan undang-undang di bawah Kanun Keseksaan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan