Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua pusat operasi judi dalam talian raih keuntungan cecah RM405,00 diserbu

Dua pusat operasi judi dalam talian raih keuntungan cecah RM405,000 diserbu

KUCHING, 2 Feb: Dua buah pusat judi yang beroperasi sejak September dan Oktober tahun lalu telah diserbu pihak polis. 

Lapan warganegara asing termasuk pengendali operasi perjudian atas talian yang berusia antara 15 hingga 30 tahun turut ditahan. 

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah berkata kesemua suspek ditahan selama empat belas hari bagi membantu siasatan. 

“Hasil pemeriksaan juga mendapati terdapat suspek yang tidak mempunyai dokuman perjalanan yanng sah,” katanya. 

Barangan yang dirampas adalah komputer pelbagai jenama, telefon pintar serta modem. 

Serbuan dilakukan dalam satu Op Bersepadu sempena Op Ambang Tahun Baru Cina yang dijalankan serentak di dua kediaman berbeza yang terletak di sebuah pangsapuri di Jalan Song, Kuching pada Isnin. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(G) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksye 6(1)(C) dan Seksyen 15(1)(C) Akta Imigresen.

Untuk rekod, kedua-dua premis berkenaan telah mengaut keuntungan mencecah RM 405,000 sepanjang beroperasi. – TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan