Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Dr. Sim mahu momentum kemenangan GPS dikekalkan

ByOdleen Catherny

KUCHING, 2 Feb: Selepas kemenangan besar Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) Sarawak yang lalu, Timbalan Ketua Menteri Dato Sri Dr Sim Kui Hian mahukan momentum kemenangan itu dikekalkan pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Menurutnya, kemenangan besar menjamin keutuhan yang dimiliki Sarawak.

“Sarawak perlu kuat. Memandangkan negeri ini sudah mampu berdiri sendiri tanpa ‘campur tangan’ politik luar sejak 2018, sesiapa sahaja yang menang di Semenanjung Malaysia, tidak kira bagaimana mereka berpecah-belah, mereka perlu datang kepada kita (Sarawak) untuk berbincang.

“Jadi inilah sebabnya kenapa Sarawak perlu kuat. Kita perlu memenangi kerusi Parlimen sebanyak yang boleh di bawah GPS supaya mereka akan datang kepada kita dan bukannya kita yang datang merayu kepada mereka,” katanya dalam ucapannya pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2022 secara maya anjuran Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Miri-Sibuti, pada Rabu.

Pada PRN-12 Sarawak, GPS menang dengan penuh bergaya apabila berjaya membolot 76 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Senadin, turut menyeru kepada semua untuk terus memberikan sokongan yang padu kepada GPS bagi memastikan Miri mampu mengorak langkah dengan cemerlang dalam usaha pembangunannya.

Lee berkata, dengan adanya sokongan yang teguh dan tidak berbelah bahagi daripada semua, visi ‘Greater Miri’ mampu direalisasikan.

“Saya menzahirkan rasa terima kasih dan amat bersyukur kepada penduduk Miri kerana telah memberi kami mandat yang kuat pada PRN-12 Sarawak yang lalu, dan buat pertama kalinya, selepas 10 tahun di Pujut, lima tahun di Piasau, kita akhirnya memiliki satu pasukan GPS yang lengkap di Miri.

“Ini amat penting supaya kita mampu menyediakan lebih banyak peluang untuk semua, terutamanya golongan muda khususnya dalam pekerjaan, perniagaan dan sebagainya,” ujarnya pada majlis yang sama. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan