Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

KRISMAS: Koir, sembahyang di gereja dibenar, kunjungan hanya individu lengkap vaksin

ByBernama

KUALA LUMPUR, 16 Dis : Persembahan koir di gereja sempena Hari Krismas dibenarkan dengan syarat perlu mematuhi penjarakan fizikal tidak kurang satu meter serta wajib memakai pelitup atau pelindung muka.

Menurut kenyataan Kementerian Perpaduan Negara, prosedur operasi standard (SOP) itu yang akan dilaksanakan pada 24 dan 25 Dis, dibentangkan Menterinya Datuk Halimah Mohamad Sadique pada Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 hari ini dan telah diluluskan.

Kenyataan itu menyebut upacara sembahyang dibenarkan mengikut SOP Pembukaan Rumah Ibadat Selain Islam dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara.

Selain itu, hanya penerima vaksin lengkap dibenarkan mengunjungi rumah keluarga.

Nyanyian ‘carolling’ dari rumah ke rumah adalah tidak dibenarkan manakala jualan gerai Hari Krismas tertakluk kepada kelulusan dan kawalan Pihak Berkuasa Tempatan, menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan Halimah menyeru penganut Kristian supaya menyambut perayaan Krismas dalam norma baharu, sentiasa mematuhi SOP ditetapkan, memakai pelitup muka, menjaga kebersihan diri dan memastikan penjarakan fizikal dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19 di Malaysia. -TVS

Tags: krismas

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan