Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemenang Hadiah Nobel Malala Yousafzai berkahwin

Pemenang Hadiah Nobel Malala Yousafzai berkahwin

ByFirdaus Ismail

Malala,24, selamat melangsungkan perkahwinan dengan Asser Malik dalam satu majlis ringkas yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga di rumahnya di Birmingham, United Kingdom.

Anggun mengenakan persalinan berwarna peach, wanita kelahiran Pakistan itu berkongsi momen bersejarahnya menerusi Twitter yang mendapat komen warganet mendoakan kebahagian pasangan itu.

Pada 2012, ketika berusia 15 tahun, kisah Malala mendapat perhatian dunia apabila ditembak sebanyak tiga kali termasuk di kepalanya oleh tentera Taliban ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas waktu persekolahan.

Taliban yang menguasai wilayah tempat tinggal Malala tidak membenarkan perempuan bersekolah, menari dan menonton televisyen.

Tembakan itu menembusi kepala serta merosakkan wajah gadis remaja berkenaan namun fungsi saraf otaknya tidak terjejas. Dia diterbangkan ke United Kingdom untuk menjalani pembedahan dan rawatan susulan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan