Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Mayat warga emas ditemui 55 km dari lokasi hilang

ByFirdaus Ismail

MERADONG, 11 Nov : Mayat seorang lelaki warga emas yang dikhuatiri lemas ketika keluar memancing di Sungai Lebaan, Tanjung Manis pada Ahad lepas ditemui terapung di tebing Sungai Binatang, di sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Meradong, Deputi Superintendan (DSP) Sekam Anoi berkata, mayat Ling Chung Kiew, 60 , yang berasal dari Pasar Daro ditemui oleh orang awam kira -kira pukul 7.45 pagi semalam.

Katanya, berdasarkan laporan, mayat lelaki itu dijumpai kira -kira 55 kilometer (km) daripada lokasi dilaporkan hilang.

” Sebaik sahaja menerima laporan, sepasukan polis dan Pasukan Bomba dan Penyelamat Bintangor yang dilengkapi set pakaian pelindung diri (PPE) bergegas ke lokasi untuk mengangkat mayat,” katanya ketika dihubungi TVS di sini hari ini.

Beliau memberitahu, mayat dihantar ke ke Hospital Umum Sarikei untuk bedah siasat dan ujian pengesan COVID-19 selepas pengecaman dilakukan oleh waris.

Dalam kejadian Ahad lepas, Chung Kiew dipercayai lemas semasa mengambil barang di seberang sungai berhampiran tempat dia dan seorang rakannya memancing. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan