Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira 3.30 petang dan siasatan awal mendapati mangsa berusia 35 tahun itu merupakan seorang pegawai polis yang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Kontraktor rugi lebih RM300,000 diperdaya pelaburan dalam talian

ByBernama

SEREMBAN, 4 Nov: Seorang kontraktor di sini mendakwa kerugian RM303,084 selepas diperdaya dengan tawaran skim pelaburan dalam talian yang tidak wujud dan diperkenalkan rakan media sosial yang baharu dikenalinya dua bulan lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan Supt Aibee Abd Ghani berkata lelaki berusia 54 tahun itu mendakwa berurusan dengan seorang wanita dikenali sebagai ‘Lilina Lim’ menerusi laman Facebook pada 24 Sept lepas, disusuli dengan perbualan melalui WhatsApp. 

Menurutnya, mangsa diminta mendaftar satu pautan seperti diarahkan wanita terbabit selain perlu membuat bayaran lebih tinggi untuk mendapatkan taraf orang kenamaan (VIP) sekiranya ingin mendapatkan wang lebih cepat.

“Siasatan awal mendapati, mangsa yang percaya dengan tawaran dijanjikan telah membuat pindahan wang secara berperingkat ke dalam tiga akaun berbeza bermula 15 hingga 31 Oktober lepas dengan jumlah keseluruhan RM303,084.

“Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang keuntungan diterima selain wanita terbabit turut mendiamkan diri selepas pembayaran dibuat,” katanya dalam kenyataan semalam.

Aibee berkata suspek turut menyamar sebagai pegawai polis dari unit Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) dengan menyatakan mangsa melakukan kesalahan berhubung kesalahan di bawah AMLA dan perlu membuat pembayaran lagi sekiranya mangsa inginkan semula wangnya.

Beliau berkata mangsa yang menyedari dirinya ditipu telah membuat laporan di Balai Polis Rahang pada Selasa dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Sementara itu, dalam satu lagi kes penipuan berasingan, seorang akauntan di syarikat swasta di sini mendakwa kerugian lebih RM60,000 akibat diperdaya kenalan di Facebook berhubung kerja sambilan sebagai penyelia di sebuah platform beli-belah dalam talian.

Lelaki berusia 28 tahun itu mendakwa menerima pautan untuk membuat promosi barang dan diminta berhubung dengan pihak khidmat pelanggan untuk mendapatkan kerja itu tetapi perlu memasukkan sejumlah wang sebagai pendaftaran pekerja dan komisen mengikut barang ditempah.

“Mangsa kemudiannya membuat tiga transaksi ke beberapa akaun bank yang berbeza sejak 29 Oktober hingga semalam dengan jumlah keseluruhan RM67,069. Bagaimanapun hingga kini mangsa masih tidak menerima sebarang respon untuk urusan kerja tersebut,” katanya.

Mangsa yang menyedari ditipu telah membuat laporan di balai polis berdekatan dan kes turut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. = Bernama

Tags: #bm, jenayah

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan