Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam warga emas

ByBernama

KUALA LUMPUR, 1 Nov: Polis menahan seorang lelaki warga emas disyaki menikam seorang kanak-kanak lelaki dengan menggunakan pisau dalam kejadian di kawasan taman permainan rumah pangsa di Jalan Loke Yew di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya dalam kenyataan hari ini berkata suspek berumur 80-an menikam mangsa berumur empat tahun yang juga jirannya itu di perut dan paha sehingga cedera parah.

Beliau berkata pihaknya menerima maklumat kejadian terbabit pada 5.39 petang, dan bergegas ke tempat kejadian sebelum mendapati mangsa telah dibawa oleh keluarganya ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk menerima rawatan lanjut.

“Polis pada masa sama menjalankan siasatan di tempat kejadian dan mendapati lelaki terlibat dikesan menyembunyikan diri di sebuah unit rumah pangsa.

“Berdasarkan siasatan lanjut mendapati individu itu mempunyai rekod rawatan psikiatri dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah dengan jalan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang berbahaya,” katanya.

Noor Dellhan berkata kes berkenaan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan lanjut.

— BERNAMA

Tags: #bm, jenayah

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan