Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Berjam-jam “offline” beri peluang tanya diri sama ada hidup kita dikuasai media sosial

WASHINGTON, 5 Oktober: Ketiadaan Facebook selama berjam-jam memberi peluang sejenak kepada para pengguna media sosial merenung kembali dan menyedari bahawa teknologi telah menguasai kehidupan kita , pakar media digital dan sosial dari Howard University, Ingrid Sturgis dilaporkan berkata kepada Sputnik.

Semalam, Facebook telah “lesap” selama enam jam diikuti beberapa aplikasi lain yang disediakan media sosial tersebut seperti WhatsApp dan Instagram.

Media Amerika Syarikat yang memetik laporan pasukan pemulihan Facebook berkata masalah tersebut berpunca daripada kemaskini Border Gateway Protocol (BGP).

“Kejadian tersebut sebenarnya memberikan kita masa untuk menyedari kepentingan  Facebook dalam hidup kita dan mempersoal diri tentang aspek negatif Facebook,” kata Sturgis yang merupakan pengerusi Jabatan Media, Kewartawanan dan Filem Howard University.

“Kita kini berada dalam zaman pelik kerana kehidupab kita telah dikuasai teknologi.

“Dengan tidak menghabiskan masa dalam alam maya, ramai yang boleh memanfaatkan masa dengan membuat banyak benda lain,” kata Sturgis.

Pada malam Isnin, CEO Mark Zuckerberg dilaporkan berkata Facebook, Instagram, WhatsApp dan Messenger akan dapat digunakan seperti sediakala.

Sturgis turut menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang aneh memandangkan hal tersebut berlaku sehari selepas pemberi maklumat Facebook,  Frances Haugen telah memberitahu CBS (saluran penyiar komersil Amerika Syarikat) bahawa gergasi sosial media tersebut lebih mengutamakan keuntungan berbanding keselamatan pengguna.

Dalam tempoh beberapa minggu yang lepas setelah Haugen, bekas pengurus produk Facebook yang meletak jawatan Mei lepas mendedahkan terdapat ribuan kertas inkuri yang menunjukkan Facebook menyembunyikan bukti dan kononnya berbohong mengenai platform tersebut yang dikatakan menyebarkan maklumat yang memudaratkan.

Dokumen-dokumen yang dikongsi oleh Haugen yang dijangka akan memberi keterangan  kepada Kongres Amrika Syarikat turut menunjukkan bahawa Facebook menyedari bahawa platform tersebut telah menyebabkan kemudaratan ke atas kesihatan mental remaja.

-Bernama

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan