Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak jadi lokasi kedua selepas Langkawi

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 17 Sept: Menteri Pelancongan, Kesenian Dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah tidak menolak kemungkinan Sarawak menjadi negeri kedua menerima kunjungan kumpulan pelancong selepas Langkawi.

Justeru, beliau berharap inisiatif gelembung pelancongan akan dilaksanakan di negeri ini dengan prosedur operasi standard (SOP) yang sama akan dikenakan seperti yang diguna pakai di Langkawi.

“Saya difahamkan Menteri Pelancongan peringkat persekutuan kita, Datuk Seri Nancy Shukri sedang mempertimbangkan untuk menjadikan Sarawak sebagai destinasi seterusnya yang dibuka kepada pelancong, selepas Langkawi.

“Bagaimanapun, di Sarawak, kita memerlukan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak untuk membuka laluan masuk ke negeri ini dengan syarat-syarat seperti yang dilakukan di Langkawi,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Hub Sukan Tenpin Boling Sarawak di Megalanes Emart Batu Kawa pagi tadi.

Sekiranya dilaksanakan, beliau memohon syarikat penerbangan untuk mengawal harga tiket penerbangan agar tidak terlalu tinggi, memandangkan industri pelancongan juga memerlukan para pelancong untuk memulihkan ekonomi mereka.

Sementara itu, mengulas mengenai Program Sia Sitok, dedahnya Program Sia Sitok 2.0 disambut baik oleh hampir 5,000 pelanggan namun tidak dapat diteruskan buat masa ini susulan penutupan beberapa pusat pelancongan di Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan