Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Suspek kes ragut warga emas ditahan

ByAkma Salleh

KUCHING, 10 SEPT:  Polis berjaya menahan seorang suspek yang disyaki terlibat dalam kegiatan samun baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ashmon Bajah, suspek yang berusia 31 tahun disyaki terlibat dalam kejadian samun berkumpulan bersenjatakan pisau.

Terdahulu menerusi aduan mangsa yang berusia 70 tahun katanya, mangsa difahamkan telah disamun oleh dua orang suspek lelaki pada jam 5.30 minit pagi  di Jalan Sungai Maong Kiri, Kuching ketika sedang berjalan seorang diri ke pasar.

Mangsa mengalami kerugian sebanyak RM150 serta cedera di tangan dan kaki akibat bergelut dengan suspek.

Tambahnya lagi, suspek turut mempunyai sembilan rekod jenayah lampau iaitu dua jenayah kekerasan, satu jenayah harta benda dan tujuh jenayah berkaitan dadah.

Kes kini disisat dibawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan iaitu samun berkumpulan tanpa senjatapi yang mana memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan sebat.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan