Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak Catat 3,734 Kes Covid-19 Baharu, Bilangan Kes Tertinggi Daripada Kategori Satu Dan Dua

KUCHING, 9 SEPT: Sarawak hari ini mencatatkan sebanyak 3,734 kes Covid-19 baharu dengan bilangan kes tertinggi yang terdiri daripada kategori satu dan dua.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, kategori satu dan kategori dua merupakan tiada gelaja dan gejala ringan dan hanya lapan kes atau 0.21 peratus dalam kategori 3 hingga 5 yang melibatkan jangkitan paru-paru serta memerlukan oksiden dan ventilator.

“Kuching terus merekodkan kes harian tertinggi (921) diikuti Serian (359), Sibu (338), Bintulu (218), Samarahan (195), Simunjan (150), Miri (148), Mukah (146), Bau (130), Sri Aman (115), Asajaya (113), Saratok (108), Pakan (106), Betong (78) dan Kapit (65).

“Kes-kes lain dikesan di Subis (58), Lubok Antu (57), Tebedu (56), Sarikei (50), Limbang (41), Meradong (39), Julau (34), Kanowit (34), Song (33), Selangau (28), Dalat (18), Belaga (17), Tanjung Manis (13), Matu (13), Tatau (11) dan Pusa (10),”kata JPBNS dalam kenyataannya hari ini.

Bagi Daerah Daro (8), Lawas (7), Beluru (6), Sebauh (3), Lundu (2), Telang Usan (2), Marudi (2), Kabong (1) dan Bukit Mabong (1).

Kesemua angka ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Sarawak meningkat kepada 147,764 kes.

Terdapat lima kes kematian direkodkan yang melibatkan empat lelaki dan seorang perempuan berumur antara 68 hingga 93 tahun.

“Dua kematian dilaporkan dari daerah Kuching manakala di Selangau, Sri Aman dan Simunjan masing-masing rekod satu kes.

“Ini menjadikan jumlah kes kemastian di Sarawak turut meningkat kepada 110, 392 orang,” tambah JPBNS lagi.

Tags: covid, tinggi

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan