Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Lelaki dakwa 14 ahli keluarga mati akibat COVID-19 terima derma sebanyak RM91,000 sejak Jun

JOHOR BAHRU : Seorang pekerja kepada kontraktor di Kompleks Bersepadu Pengerang, yang mendakwa 14 anggota keluarganya meninggal dunia akibat COVID-19, telah berjaya meraih simpati orang ramai sehingga mengumpul derma sebanyak RM91,000 sejak Jun lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata lelaki berusia 45 tahun terbabit, yang dipercayai menyebarkan berita palsu tentang kematian anggota keluarganya bagi mendapatkan sumbangan itu, ditahan ketika dia hadir di Balai Polis Bayu Damai, Kota Tinggi, semalam dan direman selama empat hari mulai hari ini.

“Maklumat tular menerusi media sosial WhatsApp dan Facebook, yang mendakwa lelaki tersebut berdepan dengan ujian berat akibat kehilangan keluarga, telah menarik simpati orang ramai untuk memberikan sumbangan derma yang dimasukkan ke dalam akaun bank lelaki itu,” Hussin menyebut dalam satu kenyataan pada hari ini.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan membuat penilaian sebelum membuat apa-apa sumbangan atau derma supaya tidak menjadi mangsa penipuan.

Terdahulu Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dalam satu kenyataan mengesahkan seorang pekerja kepada kontraktor di Kompleks Bersepadu Pengerang dekat Kota Tinggi telah ditahan pihak berkuasa berhubung dakwaan palsu kehilangan ramai anggota keluarga disebabkan jangkitan COVID-19.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan